Friday, June 25, 2010

Solemnize Makeup Idea


Makeup untuk Akad Nikah selalu dikaitkan dgn Natural Makeup for a Natural Glow. Kenapa? Sebab… solemnization adalah ritual yg suci dan ianya adalah istiadat yang berlandaskan hukum agama (akad nikah/lafaz nikah dilangsungkan mengikut syarak manakala ritualnya adalah mengikut adat). Solemnization usually diadakan di rumah, kadang-kala di masjid. Oleh itu, solekan yang tidak terlampau adalah lebih molek berbanding dgn solekkan semasa majlis reception. Ini bersesuaian dgn busana pengantin yang lazimnya berwarna off white atau diikuti dgn motif sulam atau manik yang lembut pada pandangan mata.

Penting untuk kita ingat bahawa majlis akad nikah adalah lebih personal daripada majlis reception. Di majlis akad nikah, family members, relatives dan rombongan pihak lelaki duduk bersimpuh selantai dengan kita pengantin. Rasa emosi kita dikala itu lebih tersentuh dengan penyatuan ikatan ini. Sebab itu, natural makeup adalah lebih sesuai untuk upacara yang penuh emosi ini.. sambil hati mengucap tanda kesyukuran ke atas-Nya.

However, a natural makeup doesn’t make the work any lesser. Cuma selection color nya yang lebih natural. Adalah menjadi tugas makeup artist utk menaikkan seri pengantin & menampakkan wajah pengantin flawless supaya hasilnya di dalam gambar, lebih chantik lagi!




No comments:

Post a Comment

 
Simply Yours Designs Cute Blogger Templates